Assalamualaikum...
Terlalu lama blog ini ditinggalkan tanpa berita, masalah besar yang di hadapi adalah saya terlupa apa password blog ini dan akhirnya saya kembali semula untuk berkongsi apa jua dapat saya coretkan di sini.. Harap kawan-kawan yang sedia ada, sudi untuk terus membaca blog saya walaupun terlalu lama menghilang.. Inshaa Allah, semoga kita dapat sama-sama berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat untuk kebaikan bersama.
Setakat perkembangan terkini, Alhamdulillah saya telah berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang kewartawanan di UiTM Shah Alam dan sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Mungkin pemilihan tempat ini bukanlah pilihan pertama saya namun saya bersyukur setiap hari yang dilalui dipermudahkan oleh Allah SWT. Tanpa disedari hanya tinggal 6 minggu sahaja lagi tempoh untuk menamatkan latihan industri ini. Tak sabar nak grad tahun depan.. hahaha
Bagi sesiapa yang masih mengikuti perkembangan blog ini, saya hanya ingin berkongsi beberapa hasil tulisan saya yang amatla tidak seberapa jika ingin dipaparkan di sini. Dalam entri yang akan datang, Saya akan cuba untuk merajinkan diri saya menulis semula dan segala pandangan daripada kawan-kawan pembaca amatlah saya alu-alukan.
Moga kita semua sentiasa berada dalam Lindungan rahmat dan Ke-redha-an Allah SWT. amin.
Do follow and comment.. :)