Assalamualaikum ! Thanks for visiting my blog . Do comment and follow. I nice with them who being nice to me .

Thursday, June 9, 2016

INTERNSHIP END SOON!!!!

Assalamualaikum and hello everyone!

Internship ini atau nama lain dia Latihan Industri/Praktikal. Biasanya semester-semester akhir baru  kena jalani latihan industri. Tempoh latihan tu bergantung kepada fakulti dan universiti masing-masing sebab semuanya berbeza. Macam saya, saya kena menjalani internship selama 16 Minggu. Ye 16 Minggu lebih kurang 4 bulan lah. Minggu depan ada lah minggu terakhir saya kena bangun pagi, masuk office, tunggu 8 jam dan balik. 

Kalau nak cerita pengalaman masa tengah intern nie takde lah best gila-gila. Boleh dikira sebagai satu pengalaman dan kenangan yang menarik but bukan totally something you wish for sebab ada je budak intern yang tak dapat buat kerja-kerja macam orang lain. Sepanjang 16 minggu dekat sini, banyak benda saya belajar sebenarnya which things that does not learnt in the class and only can be learn when you have entering the working environment. Almost everyday jumpa orang yang perangai lain-lain dan kita kena percaya yang orang baik tu sentiasa je ade berdekatan dengan kita. 

So untuk student-student dekat luar sana yang tengah cari tempat intern ataupun nak tau TIPS-TIPS NAK APPLY INTERNSHIP, meh sini hakak kongsi sikit apa yang boleh membantu korang:

1) BUAT RESEARCH- Sebelum apply tempat intern tu, make sure korang risik-risik lah course yang korang study tu ada related tak dengan company tu. Memang semua company ada pelbagai department tapi dah kalau course korang tu takde related dengan company, kau nak intern buat apa dekat situ dik? haha

2) CONTACT COMPANY- Kalau company yang korang nak tu memang ada offer kekosongan untuk intern, janganla tunggu seminggu nak intern baru nak apply. Kau ingat kau seorang je kena pergi intern? beribu-ribu budak intern setiap semester dik. Buat persiapan awal, kalau boleh contact lah orang dkt company tu and tanya process nak apply internship macam mana. okay faham? 

3) JANGAN TUNGGU-Selalunya kalau company yang tak bagi jawapan direct mengenai permohonan korang ni, korang boleh tanya "Agak-agak bila saya boleh dapat tahu mengenai keputusan permohonan saya?". Janganla kau senyap je dik kalau company tak inform apa-apa. Tunjuk effort sikit kan? haa baru lah orang tu tengok kau ni interested nak intern dengan company dorang. At least kalau dapat tahu permohonan tak lulus, ada lah masa nak cari tempat intern lain.

4) RAJINKAN DIRI- Kenapa hakak suruh rajinkan diri? Dah kalau malas kau ingat senang nak dapat tempat intern? Saingan sekarang padat bukan macam dulu. Rajinkan lah diri tu untuk apply lebih daripada satu company. Takde masalah pun kalau apply lebih sebab nanti boleh lah buat comparison nak terima company mana. (Buat istikharah kalau dapat banyak sangat tawaran, mintak petunjuk dik) Inshaa Allah nanti Allah bantu.

5) BERTANYA!- Kenapa kena bertanya? Sebab nanti hang sesat padan muka. If dah dapat tawaran daripada company tu, rajinkan diri sekali lagi untuk bertanya contoh etika pemakaian ke, masa daftar nanti kena jumpa siapa, dengan siapa adik-adik kena berhubung dan yang sewaktu dengannya lah. Ingat, bila tak faham atau tak tahu mengenai sebarang perkara seeloknya bertanya lah kan? Jangan memandai buat keputusan sendiri.

Tu lah setakat tips yang boleh dikongsikan. Manalah tau ada orang buat #blogwalking ke kan? Bermanfaat jugak apa yang saya tulis ni. Hahaha anyway untuk yang bakal menjalani latihan industri tu, nak pesan jugak dkt korang banyak-banyaklah kan bersabar bila dah menempuh alam pekerjaan ni walaupun cuma sementara. Kena pandai bawa diri supaya tak mudah orang nak jatuhkan kita. Setiap kali rasa susah, berdoa lah mintak dengan Allah moga dipermudahkan setiap urusan. Amin. 

Thanks for reading. Have a nice day and Selamat Berpuasa. :)
Ini lah view daripada tempat intern kita hahaha :)