Assalamualaikum ! Thanks for visiting my blog . Do comment and follow. I nice with them who being nice to me .

Wednesday, June 1, 2016

Siapa Minat Ramlee Awang Murshid

Kalau kaki novel mesti kenal dengan Ramlee Awang Murshid kan? Those yang minat novel thriller saya sangat-sangat yakin yang anda mesti mempunyai minat yang sama seperti saya iaitu membaca karya Ramlee Awang Murshid atau lagi senang panggil RAM. Boleh dikatakan setiap jalan cerita di dalam novel karya RAM memang terbaik. Kadang-kadang terfikir kuat betul imaginasi RAM ini kan? Jalan Cerita dia tak pernah bosan dan penuh dengan kejutan yang susah lah nak expect apa ending dia. teknik penulisan dia memang tak dinafikan lagi, sememangnya terbaik diantara yang terbaik. Setiap karya RAM sentiasa menepati citarasa penggemar novel thriller seperti saya.

Salah satu karya beliau yang saya dah khatam lebih daripada 15 kali adalah novel "SATU JANJI". Watak utama Luqman dan Adelia merupakan satu gabungan watak yang sangat padan. secara ringkasnya, Novel Satu Janji ini9 mengisahkan Luqman yang merupakan anak angkat kepada Datuk Abdullah dan Datin Zaiton. Kes pembunuhan kejam terhadap Datuk Abdullah telah membuatkan Luqman berazam untuk menyiasat siapa dalang disebalik kematian ayahnya. Pertemuan Luqman dan Adelia merupakan salah satu bahagian paling menarik dalam novel ini. Kekerasan hati Adelia untuk menerima Luqman sebagai seorang suami yang sah ternyata tidak menghilangkan semangat Luqman untuk terus memikat hati Adelia. Pelbagai konflik yang terjadi sehingga akhirnya membawa kepada pelbagai penemuan yang tidak disangka-sangka.


Satu Janji- Ramlee Awang Murshid
Secara keseluruhannya, saya memberi 5 bintang kepada karya ini kerana ianya merupakan karya pertama RAM yang saya baca dan terus memikat hati saya sehingga ke hari ini. walaupun saya banyak tertinggal karya beliau namun sekarang saya sedang cuba untuk mengumpul kembali karya-karya beliau dan menjadikan koleksi utama saya.

Antara karya RAM yang telah saya kumpul dan baca adalah seperti berikut:

 -Satu Janji
 -Raudhah 
-9 Nyawa 
-Fiksyen 302 
-Mikhail -Tombiruo 
-Ungu Karmila
 -Semangat Hutan 

 Ada lagi beberapa karya beliau yang saya dah lupa tajuk-tajuknya. Kepada sesiapa yang nak share review bolehla comment. Thanks for reading. Have a nice day everyone. :)

No comments:

Post a Comment