Assalamualaikum ! Thanks for visiting my blog . Do comment and follow. I nice with them who being nice to me .

Tuesday, July 24, 2012

Baru Semalam Aku Tengok Senyuman Dia


stay strong sis aisya wahid coz i know you always can do it,


Ya, baru semalam aku tengok senyuman dia. Kalau sebelum nie aku rasa yang dia nie terlalu busy sampai tak pernah ada masa untuk aku. sekarang aku dah buat silap besar bila fikir macam tu. aku patut faham dia,  bukan fikir yang bukan2..Aku still ingat senyuman yang terakhir dia bagi untuk aku masa dia pass hadiah yang dia belikan untuk aku masa dia pergi lawatan dekat kemboja last week. 19 Julai yang lalu, aku tengok lagi dia senyum.senyuman yang dia tak pernah lupa nak bagi setiap kali kitaorg jumpa.aku tak pernah tengok dia sedih,ape je masalah yang dia ada tak pernah dia tunjuk. satu benda yang paling aku seronok setiap kali jumpa dia bila dia akan tetap senyuman,tapi aku tak sangka tu last aku tengok dia senyum.

24 Julai 2012 bersamaan 4 Ramadhan aku tengok kesedihan dia. kesedihan yang dia tak pernah tunjuk sebab aku tau dia belum boleh terima kenyataan.Kehilangan insan tersayang dalam hidup sedangkan baru je beberapa hari yang lepas dia baru je balik dpd umah. Aku tau ape yang dia rasa,aku faham apa yang dia rasa.aku nak rasa sakit,sedih dia kongsi dengan aku. itu kali pertama aku tengok dia sedih,masa aku jemput dia dekat kolej pagi sahur tu,dia dah separuh sedar dengan apa yang jadi.yang aku dengar dia meraung dan terus meraung.apa aku boleh buat?aku bersyukur sebab at least dia sedar masa aku papah dia turun tangga nak masuk kereta.dia peluk aku kuat2.aku tak pernah tengok dia selemah macam  nie.

Pagi tu aku,kak ana dengan kak kirin gerak 3 kereta.aku nak ada dengan dia,duduk sebelah dia,dengar sedih dia,kongsi sakit dia.masa aku sampai aku tgk dia bukan aisha wahid yang aku kenal dulu,dia lemah.sangat3 lemah masa tu.air mata tak berhenti2 keluer daripada mata dia.muka dia sembap sebab asyik menagis.aku tau saat nie dia tengah cuba terima kenyataan yang dia kena redha dengan pemergian Ayah tersayang.lepas kak ana dengan kak kirin balik,aku still ada dekat situ teman dia walaupun aku tau aku kena balik sebab ada kelas.aku nak ada dekat situ teman dia,bila dia duduk sebelah aku,aku tau dia perlukan someone untuk chill down kan dia.aku tak sedar bila dia baring dekat bahu aku.tapi aku tau dia tengah sedih,aku gosok lengan dia dengan harapan ape yang aku buat akan kurangkan sedih dia.aku nampak air mata dia tetap keluar..bila nak balik,aku tau dia perlukan seseorang untuk stay dengan dia.dia pegang tangan aku kuat,tapi aku janji yang aku akan datang balik,,

aku datang balik rumah dia sebelum zohor sebab time tu arwah dah nak disolatkan,,,aku duduk belakang dia and bila dia sedar aku ada dekat belakang dia,dia terkejut sbb aku datang balik.masa tu aku tau dia dah redha dengan apa yang jadi.aku tau dia tengah tabahkan hati dia."eda takde kelas?" "dah habis dah,eda tunggu sampai settle semua pastu eda balik k?" "akk nak g kubur,tunggu dekat sana".lemah,,,tu lah keadaan dia,bila dekat kubur aku tau tu saat paling susah sekali kita nak terima sebagai hamba Allah yang lemah.aku tau yang time tu dia dah redha habis.takde lagi air mata yang keluar dpd mata dia.

Bila semuanya dah selesai,Arwah pun dah selamat disemadikan,aku nampak air mata dia keluar lagi untuk yang entah ke berapa kali.aku tau dia tengah sedaya upaya dia terima kenyataan.sabar kak,eda tau akk boleh..aku tetap tunggu dia dekat situ sampailah dia keluar daripada kawasan kubur tu,untuk terakhir kali aku jumpa dia sebelum aku tinggal kan dia sebelum balik,aku peluk dia kuat2.moga2 kekuatan yang aku ada aku dapat komgsi dengan dia."eda balik dulu kak,akk jangan sedih2 k,sabar dengan apa yang jadi,jaga diri tau and eda tau akk kuat" "thanks eda sebab datang,"...perasaan dia dah gambarkan semuanya  jadi aku tau ape dia rasa.aku tinggalkan dia dengan berjuta2 semangat dan doa moga Allah SWT melimpahkan rahmat-NYA untuk kak ecah sekeluarga...

AISYA BINTI WAHID,,, eda tau akk kuat..kuat daripada apa yang  eda fikir...Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu kak.Sabar banyak2,eda tau akk boleh hadapi benda nie dengan mudah.Ada hikmah untuk apa yang jadi...eda jugak nak akk tau bila akk perlukan someone untuk berada sebelah akk waktu akk senang dan susah,akk kena tau yang akk ada eda untuk stay sebelah akk...


Wednesday, July 4, 2012

Thanks Baizura :D







One day, the villagers decided to pray for rain. On the day of prayer,everyone gathered and only 1 boy come with umbrella.. THAT'S CONFIDENCE

When u throw a one year old baby in the air,he laughs because he knows you will catch him... THAT'S TRUST...

Every night we go to bed but we're not sure that we'll wake up tomorrow,but we still have many plans for the coming day. THAT'S HOPE...

So, be a strong Muslim with CONFIDENCE,and TRUST,never loose hope in Allah.. (n__n)

JADIKAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI..
-never forget you my sahabat-
-baizura syg eda-





SAD?itu lumrah kehidupan... :D


Tuesday, June 26, 2012

That's why i smile....

laugh and i will forget the sadness :D
Blur,bored,suck,fed up,what else?that was what i'm feel right now.everything was a mass to me. i miss my family,i just wanna them sit beside of me every single second. can i?huh penat dengan apa yang jadi sekarang nie.penat dan tak bermaya.kenapa apa yang kita cuba buat untuk someone yang special dalam diri kita tapi tak berhasil?kita yang bodoh atau orang tu yang buta sampai tak boleh nak nampak semua tu?betul kata orang lain,yang satu hari nanti kita akan mengalah juga dengan keadaan.kita akan putus asa dengan apa yang selama nie kita usahakan.kegembiraan tu bukan untuk dirasai setiap masa dan ianya hanya untuk waktu yang tertentu.

aku rindu rumah,rindu family,rindu kawan2.untuk lupakan apa yang sedih aku kena gembira.hehehe macam mana?aku still ada ramai lagi orang dekat sekeliling aku.aku ada family aku,aku ada kawan2 aku.erm izzati hazwani,azrin,amalina roshdi,syazwani ahmad,nabila,ha siapa lagi?oh ya geng2 tp dorm.roomates,levelmates. semua ada untuk aku so kenapa aku kena sedih sebab korang berdua je?FM and AW.aku tak tau kenapa aku sedih dengan sikap korang.aku kecewa!!!tapi tak hairanla sebab aku ada Kak Anne.kenapa semua yang keluar dpd mulut kak anne menyenangkan hati aku?thanks so much siti nazeha jaafar.u mean so  much to me same as my beloved family and friends.sorry sebab tak dapat jadi adik yang baik untuk akk.buat i will try, ok?not promise but i will try as much as i can.believe me..akk adalah someone yang sangat baik siti nazeha.sebab tu ramai yang sayang akk..heheheh

towards the juniors of cempaka,i'm sorry because have make the induction day turn to so terrible and full of psychology. :D korang semuanya baik2 and budak2 yang sangat naif.maafkan ketua level korang nie sebab dah ajar korang macam tu.hopefully korang boleh jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dalam daily life.and jangan sombong2.belasah nanti baru tau,hahahahah gurau2 la hadek2 junior..korang memang gempak kalau ganti maya karin jadi izzah dalam ombak rindu 2.g lah casting kot2 Osman Ali nak amik korang jadi extras ke..heheheh thats it for now.assalammualaikum and have a nice day muslims..

Friday, June 8, 2012

WE CREATE THE MOMENT

Assalammualaikum..Pagi yang indah untuk memulakan hari,nie maybe update yang terakhir sebab i'm gonna off to Lendu tercinta.LOL.Menyampah nya nak balik UiTM Melaka.Bukan sebab malas nak belajar atau apa tapi mungkin sebab lama sangat terperuk dekat rumah nie yang buat kau rasa macam malas sangat nak balik.TERIMALAH HAKIKAT..yes terima hakikat yang aku kena jugak balik.OK!stop sedih2. Nak cerita perkara yang Happy sahaja.

Aku mulakan dengan hangout with old friends! Lama tak jumpa dengan kawan2 lama.Rindu hilang jumpa mereka.Kami pilih Times Square sebagai destinasi pilihan,alah dah common sebenarnya kalau pergi TS tu. Kira oklah kalau setakat nak hangout walaupun privasi agak kurang.Beza betul budak2 zaman sekarang dengan dulu.Kami pi cari tiket wayang dulu,dan filem pilihan kami ialah "Man Sewel Datang KL" urghhhhhhmasa mula2 tengok memang sewel tapi bila last2 cerita tu macam Loser gila. Ending cerita tu dah common sangat2. Ape2pun usaha yang baik wahai tuan director dan teruskan membikin filem yang lebih menarik.Settle tengok wayang kitaorang cari surau and this is the best moment masa keluar hari nie. Kami tersalah cari surau and kami terpaksa naik satu lagi tingkat untuk ke surau tetapi si cerdik Atiqah dan Sheeda cakap tak payah naik lif naik je tangga.Nak kurus konon.Memang dah perasan ada tulis laluan sahaja untuk tangga tu tapi dorang nie degil. Bila kami guna tangga tu, kami terperangkap sebab pintu tu kena tolak daripada luar. GOD!!!! rasa nak menagis bila jadi macam tu.Nak jerit pun tak guna sebab takkan ada yang dengar jeritan kami. Alhamdulillah rezeki kami sebab tangga tingkat bawah lubang pintunya dah berlubang sikit. Segala kudrat digunakan untuk buka pintu tu..arghhhhh nasib memang menyebelahi kami semua.Kalau tak memang tak balik lah kami. Kami tinggalkan TS dengan seribu ketawa dan cerita yang entah bila akan dapat kami ulangi.Sempat snap satu je gambar,takpe2 next time ada.

Next,bulan nie adalah giliran Angah sambut birthday.Happy Birthday Angah.Semoga panjang umur dan murah rezeki dan cepat2lah ditemukan jodoh yang baik untuk dia. Kami celebrate dalam suasana yang sederhana diantara kami adik beradik.macam biasa kek Secret recipe memang wajib kena ada. Dah 27 tahun dah angah aku rupanya,but perangai still kebudak-budakan.haish entah bila nak kahwin,heheheh

8 jun aku mulakan hari dengan menziarahi kubur yang tersayang.Moga roh mereka ditempatkan dikalangan insan2 yang beramal soleh.Sarapan pagi bersama sahabat lam Zahirah Hosni yang dah lama gila kami tak jumpa.Biasalah semua busy macam mana nak jumpa selalu.Seronok jumpa Z, gurau,gelak,lawak sengal dia buat aku rindu zaman sekolah masa dengan dia dulu.hahahah aku kena terima hakikat yang 9 june 2012 kena daftar balik UiTM,Perjuangan mesti diteruskan.cehhh ayat menggelabah gila. cukup sampai disini dahulu,Ada masa kita borak2 lagi. Assalammualaikum and have a great day Muslims..

gambar tak berapa nak cantik sangat but we have successfully created the moment



Tuesday, June 5, 2012

Breakfast yang Hebat

assalammualaikum...takde benda sangat nak update dekat tempat paling seronok berangan ni sebenarnya. tapi adalah jugak stories yang menarik. bagi diri aku,kalau tak bagi korang.. Ada aku kisah? asal aku ado..kau ado?huhuhu gurau3..lepaklah ketawa elok untuk senaman gigi.lebih2 lagi nenek dan atuk2 yang pakai gigi palsu dengan gam polident tu..=0

Semalam 5 jun, pagi yang sangat seronok..pergi breakfast dengan someone yang aku dah treat mcm family aku sendiri. Sarapan la sgt,pergi pun dah nak pukul 10... Walaupun dia cuma seorang cikgu yang pernah mengajar aku utk 1 tahun, Kami kira rapat jugaklah,bolehla..Macam2 cerita kami bukak,,,lama tak jumpa kan?abes keluar semua cerita2... tengok dye dah tukar kereta,mula dalam kepala dah berangan bila nak dapat pakai kereta macam tu.hahhahah lambat lagi belajr pun tak habis lagi nie ha...One day! insya-Allah...nak letak gambar,kami tak sempat pun nak bergambar2. gambar lama ada,,,nak tengok? 

Sedar atau tak,dah nak balik pun.Last week dekat rumah,urgghhhh bosannya nak balik sana menghadap buku2..hoiiii semangat la sikit! kata nak pakai bmw mcm Madam so kena lah belajar kuat2..haish takpe2 nie baru permulaan,perjalanan hidup nie jauh lagi.banyak benda lagi boleh fikir! Lots of thanks madam belanja breakfast and for the hot chats..Lolhot la sangat! ada masa,kita jumpa lagi dalam waktu dan hari yang sama. 

Assalammualaikum and have A great day Muslims..

gambar lama mase dekat kebun..nie jeyang ado...





                               
                                                                      


Sunday, February 26, 2012

TAU TAK YANG ENVY DAN JEALOUS ADA MEMPUNYAI MAKSUD YANG BERBEZA?


Fuhhh..Fuhhh..Fuhhh
Perghhh dah berhabuk blog aku nie ha rupanya. Almaklumlah busy dengan presentation, revision and event hari tu lagi..update pasal event tu aku post nanti sbb gambar still lagi dekat zati. Oh ya sebenarnya nie rekod pertama aku tak tidur sampai 5 pagi sebab nak study untuk final test.mintak2lah subjek nie dapat A+..amin,,

So time2 aku tengah study tadi, aku teringat pasal review chapter mengenai ENVY dan JEALOUS. selalunya kita takkan perasan mengenai envy dan jealous, pada pemahaman kita ianya lebih kurang sama tapi pada dasarnya ianya memiliki makna dan explanation yang sangat berbeza. Ok firstly, ENVY membawa maksud IRI HATI manakala JEALOUS pulak bermaksud CEMBURU. Memang envy dan jealous mempunyai maksud berbeza tapi situation yang kita patut gunakan kedua-dua perkataan sangat berlainan. Selepas mendapat kefahaman yang sebenar daripada lecture baru aku faham..

Begini kawan2, contoh situationnya ialah bila BESTFRIEND kita ada boyfriend yang teman diorang makan,keluar,date and semua tu tapi kita takde tu kira ENVY tapi ianya boleh membawa kepada JEALOUS bila kita rasa terancam dengan kehadiran boyfriend kawan kita sampaikan kita bakal kehilangan BESTFRIEND kita tu. Ada certain orang yang tak kesah pun bila berlaku situation macam nie tapi bagi mereka yang amik peduli, dorang akan mencari jalan untuk menyelesaikan dengan cara RETALIATION iaitu revenge la tapi ada jugak yang respond situation nie dengan FOGIVENSESS dimana maafkan jerwlah sebab malas nak panjang2kan pergaduhan dengan bestfriend tu..So korang rasa lepas nie nampak tak perbezaan situation untuk ENVY dengan JEALOUS???

*ini adalah apa yang saya belajar dalam silibus,kalau salah sudi2lah betulkan..=)*
Assalammualaikum and Have A NICE DAY MUSLIMS

Wednesday, February 8, 2012

KELAHIRAN AQID FITRI

Assalammualaikum..
agak dh lama juga sebenarnya tak update blog.erm hari ini aku nak cerita tentang kelahiran insan baru dalam family aku iaitu AQHYD FITRI. Dia adalah anak buah aku yg ke 3.Bila terbayang balik detik2 mase dye nak lahir, memang kelam kabut sebab due lahir dye lambat lagi sebenarnya tp dye nak kuar awal kn?nak buat macam mana.=)

Mengikut ape yg kakak ipar aku bgtau, AQHYD lahir senang sangat. tak lama pun dalam dewan bersalin.Alhamdulillah, dye pun lahir dengan sihat tau.3.56 kg..berat kn?rambut dye lebat sangat2..pipi dye tembam.along sangat2 excited dengan kelahiran hero baru dye nie..

Hopefully, dengan kehadiran AQHYD FITRI dalam keluarga kami akan membawa sinar kebahagiaan sekaligus akan menguatkan lagi ikatan kekeluargaan kami sekeluarga. AMIN..

 Nah..nie lah AQHYD FITRI.


Nie pulak kakak and abg kepada AQHYD iaitu AQHYL n FATIHAH

Friday, January 27, 2012

Assalamualaikum

Hye there , this is eda's blog , so please respect it . let me introduce myself :DD . my name is noreda faryza bt md yaacob. I'm was 6 from 7 siblings. Totally sweet 19 teen for 2012. I'm still wanna be a young teenager forever..heheheh i'm in semester 2 Diploma Communication and Media at UiTM Melaka. I love to laugh, smile, make joke writing because i'm going to further my Degree  in JOURNALISM.. InsyaAllah. Wait!!!! take note that i hate those are betrayer so dont u all try to make something stupid that will make me hate u forever..=)A lot of things u all can know about me..follow me then i will follow u all back. Assalammualaikum and have a nice days Muslims,,,

Seronoknya Ada Blog Sendiri!!!!!

Ape perasaan korang kalau ada blog sendiri?selama nie cuma usha2 blog orang jerw..Inilah masa untuk aku manfaatkan blog yang aku ada setelah sekian lama aku menanti untuk mempunyai blog sendiri. Special thanks to Raja Widad sebab bersusah payah membantu akk untuk siapkan blog nie..hehehe
Memandangkan aku merupakan salah seorang pelajar dalam bidang Komunikasi dan Media. Blog merupakan satu tempat untuk aku mengembangkan bakat untuk menjadi seorang "journalist" yang menghasilkan karya-karya yang hebat.....*tinggi betul cita-cita*
Merupakan nie post yang pertama..so aku memang sangat2 excited sebab akhirnya ada juga blog sendiri..do comment..
Assalammualaikum and have a nice day Muslims