Assalamualaikum ! Thanks for visiting my blog . Do comment and follow. I nice with them who being nice to me .

Friday, June 8, 2012

WE CREATE THE MOMENT

Assalammualaikum..Pagi yang indah untuk memulakan hari,nie maybe update yang terakhir sebab i'm gonna off to Lendu tercinta.LOL.Menyampah nya nak balik UiTM Melaka.Bukan sebab malas nak belajar atau apa tapi mungkin sebab lama sangat terperuk dekat rumah nie yang buat kau rasa macam malas sangat nak balik.TERIMALAH HAKIKAT..yes terima hakikat yang aku kena jugak balik.OK!stop sedih2. Nak cerita perkara yang Happy sahaja.

Aku mulakan dengan hangout with old friends! Lama tak jumpa dengan kawan2 lama.Rindu hilang jumpa mereka.Kami pilih Times Square sebagai destinasi pilihan,alah dah common sebenarnya kalau pergi TS tu. Kira oklah kalau setakat nak hangout walaupun privasi agak kurang.Beza betul budak2 zaman sekarang dengan dulu.Kami pi cari tiket wayang dulu,dan filem pilihan kami ialah "Man Sewel Datang KL" urghhhhhhmasa mula2 tengok memang sewel tapi bila last2 cerita tu macam Loser gila. Ending cerita tu dah common sangat2. Ape2pun usaha yang baik wahai tuan director dan teruskan membikin filem yang lebih menarik.Settle tengok wayang kitaorang cari surau and this is the best moment masa keluar hari nie. Kami tersalah cari surau and kami terpaksa naik satu lagi tingkat untuk ke surau tetapi si cerdik Atiqah dan Sheeda cakap tak payah naik lif naik je tangga.Nak kurus konon.Memang dah perasan ada tulis laluan sahaja untuk tangga tu tapi dorang nie degil. Bila kami guna tangga tu, kami terperangkap sebab pintu tu kena tolak daripada luar. GOD!!!! rasa nak menagis bila jadi macam tu.Nak jerit pun tak guna sebab takkan ada yang dengar jeritan kami. Alhamdulillah rezeki kami sebab tangga tingkat bawah lubang pintunya dah berlubang sikit. Segala kudrat digunakan untuk buka pintu tu..arghhhhh nasib memang menyebelahi kami semua.Kalau tak memang tak balik lah kami. Kami tinggalkan TS dengan seribu ketawa dan cerita yang entah bila akan dapat kami ulangi.Sempat snap satu je gambar,takpe2 next time ada.

Next,bulan nie adalah giliran Angah sambut birthday.Happy Birthday Angah.Semoga panjang umur dan murah rezeki dan cepat2lah ditemukan jodoh yang baik untuk dia. Kami celebrate dalam suasana yang sederhana diantara kami adik beradik.macam biasa kek Secret recipe memang wajib kena ada. Dah 27 tahun dah angah aku rupanya,but perangai still kebudak-budakan.haish entah bila nak kahwin,heheheh

8 jun aku mulakan hari dengan menziarahi kubur yang tersayang.Moga roh mereka ditempatkan dikalangan insan2 yang beramal soleh.Sarapan pagi bersama sahabat lam Zahirah Hosni yang dah lama gila kami tak jumpa.Biasalah semua busy macam mana nak jumpa selalu.Seronok jumpa Z, gurau,gelak,lawak sengal dia buat aku rindu zaman sekolah masa dengan dia dulu.hahahah aku kena terima hakikat yang 9 june 2012 kena daftar balik UiTM,Perjuangan mesti diteruskan.cehhh ayat menggelabah gila. cukup sampai disini dahulu,Ada masa kita borak2 lagi. Assalammualaikum and have a great day Muslims..

gambar tak berapa nak cantik sangat but we have successfully created the moment



No comments:

Post a Comment